Thursday, June 28, 2012

PENTADBIRAN BN KUKUHKAN MALAYSIA DI PERINGKAT ANTARABANGSA




  • World Justice Project mengiktiraf Malaysia sebagai negara paling selamat dalam kalangan 19 negara berpendapatan sederhana tinggi
  • World Justice Project juga mengiktiraf Malaysia negara yang ke-12 paling selamat di dunia dengan mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.
  • Global Peace Index pula menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara
  • Global Peace Index juga menempatkan Malaysia sebagai negara keempat aman di kawasan Asia Pasifik
  • Ini berikutan kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah.
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam kajiannya mendapati program kerajaan berjaya mengurangkan kadar ketakutan rakyat terhadap jenayah sebanyak 12 peratus, iaitu daripada 33 peratus pada 2010 kepada 21 peratus tahun lalu.
  • Kestabilan politik, jaminan keselamatan dan kebijaksanaan pentadbiran BN membolehkan pelaburan langsung asing Malaysia melonjak kepada kedudukan ke-10 tahun lalu berbanding ke-21 pada 2010

Monday, June 25, 2012

TEKSI RAKYAT 1MALAYSIA: KERAJAAN KAJI SYARAT UNTUK DAPATKAN PINJAMAN TEKSI BARU


  • Kerajaan akan melonggarkan syarat untuk memudahkan pemandu teksi mendapatkan pinjaman menukar teksi lama mereka melalui skim pinjaman yang sebelum ini diuruskan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan memberi kadar faedah dua peratus bagi pemilikan teksi baru buatan tempatan.
  • Dalam Bajet 2012 lalu, kerajaan telah menawarkan bantuan rebat RM3,000 bagi melupuskan teksi lama melebihi tujuh tahun tetapi kurang daripada 10 tahun manakala bagi teksi yang berusia 10 tahun ke atas, RM1,000 diberikan.

NAJIB RAZAK: SATU LAGI INISIATIF KERAJAAN TERHADAP BAKAT RAKYAT MALAYSIA


  • Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Yayasan Kartunis 1Malaysia bagi memajukan industri kartun dan animasi tempatan selain kebajikan para penggiat bidang berkenaan.
  • Yayasan itu juga bertujuan menghargai peranan, sumbangan serta jasa para kartunis dalam membantu membangunkan perpaduan masyarakat melalui karya masing-masing.
  • Mengumumkan peruntukan dana permulaan RM300,000 kepada yayasan itu yang disampaikan melalui Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).
  • Para kartunis yang kebanyakannya kini telah mengubah wacana mereka kepada bidang animasi, berperanan penting dalam pembinaan negara bangsa dengan menerapkan mesej perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.
  • "Tentu sekali bila saya ungkapkan Gagasan 1Malaysia, saya mahu para kartunis dapat menerapkan mesej 1Malaysia dan agenda transformasi negara di dalam karya mereka
  • Acara anjuran bersama Konsortium Cartoonist At Work (CAW) dan KP1M itu direkodkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Perhimpunan Terbesar Kartunis di negara ini, dengan mengumpulkan 356 orang.
  • Perdana Menteri turut menyampaikan pelbagai hadiah sempena pameran dua hari berkenaan, termasuk 11 anugerah dalam bidang tersebut.
  • Kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid atau Lat, yang dikenali melalui karya The Kampung Boy dianugerahkan Kartunis Sepanjang Zaman.
  • Turut menerima anugerah ialah 10 lagi kartunis dan animator termasuk Mior Sariman Mior Hassan bagi kategori Pencetus Revolusi Kartun; Jaafar Taib (Kartunis Dedikasi); Hassan Abd. Muthalib (Bapa Animasi Malaysia); Tan Sri Lim Kok Wing (Karyawan Inovatif) dan Reggie Lee (Kartunis Masyarakat Malaysia).

TEKSI RAKYAT 1MALAYSIA: KEPRIHATINAN NAJIB TERHADAP KEBAJIKAN PEMANDU TEKSI SELURUH NEGARA


  • Perdana Menteri mengumumkan pemberian dana melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berjumlah lebih RM1 juta. Dana itu bagi melindungi lebih 100,000 pemandu teksi seluruh negara melalui skim insurans perlindungan kemalangan diri.
  • Skim insurans di bawah inisiatif TR1Ma iaitu meliputi perlindungan kematian akibat kemalangan RM10,000; ketidakupayaan kekal akibat kemalangan RM10,000; kos rawatan perubatan akibat kemalangan RM500; khairat kematian akibat kemalangan RM1,500 dan khairat kematian biasa RM1,000.

TEKSI RAKYAT 1MALAYSIA: NAJIB UMUM JAMINAN UNTUK PEMANDU



  • Seramai 66,538 pemandu teksi di seluruh negara diberikan baucar bernilai RM520 setiap seorang untuk menggantikan empat tayar di bawah inisiatif program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).
  • Pemberian subsidi itu melibatkan dana sejumlah RM35 juta melalui Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk tempoh dua tahun.
  • Ini sebagai menjaga kebajikan pemandu teksi, sekali gus memastikan keselamatan perjalanan mereka termasuk kira-kira 40,000 penumpang setiap hari.
  • ‘‘Pemandu teksi boleh mendapat satu set tayar percuma di 300 pusat servis tayar buatan Malaysia yang dikenal pasti, boleh pilih antara Goodyear atau Continental.
  • ‘‘Kita nak jaga kebajikan pemandu teksi, keselamatan mereka dan penumpang. Jika memandu teksi menggunakan terus tayar ‘botak’ boleh membahayakan nyawa.

Monday, June 4, 2012

NAJIB GEMBIRA SAMBUT GAWAI DI SARAWAK



  • Hari Gawai pada tahun ini memberi satu pengalaman baru kepada beliau kerana berpeluang menyambutnya bersama masyarakat di rumah-rumah panjang.
  • Cara ini lebih mesra rakyat kerana pemimpin Pusat dan negeri sama-sama turun padang mengunjungi mereka.
  • Berbeza dengan majlis sambutan Hari Gawai di peringkat kebangsaan sebelum ini yang memerlukan rakyat hadir ke lokasi penganjuran.

  • "Saya anggap ini sebagai pendekatan yang mendapat sambutan hangat sebab mereka tidak sangka pemimpin Pusat dan negeri sanggup melawat rumah panjang. Difahamkan acara ini sangat ditunggu-tunggu dan mereka buat persediaan yang kemas lagi rapi.
  • "Bila saya hadir di ketiga-tiga tempat hari ini, saya nampak memang meriah sambutan yang diberikan penduduk tempatan dan dari sekitarnya,"
  • Hari Gawai adalah satu sambutan yang penuh adat istiadat budaya kaum Iban.

PERPADUAN MASYARAKAT DI MALAYSIA DIKAGUMI NEGARA LUAR



  • Kejayaan Malaysia dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan agama diiktiraf pemimpin dunia
  • kejayaan menyatupadukan rakyat dalam segala aspek itu dikagumi pemimpin-pemimpin dunia termasuk dari negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).
  • Malaysia boleh jadi negara model dan contoh kepada dunia, ini bukan Barisan Nasional (BN) yang cakap, jauh sekali pembangkang...orang luar iktiraf kejayaan kita, kejayaan itu adalah hakikat dan realiti yang sebenar
  • Gagasan 1Malaysia sebenarnya sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini dan ia lebih ketara dan jelas dalam amalan hidup rakyat Sarawak.
  • Sambutan perayaan-perayaan masyarakat di negara ini seperti Gawai Dayak mencerminkan kepelbagaian budaya yang boleh diterima semua rakyat di mana-mana pun di Malaysia.

  • "Kita sambut Gawai Dayak dengan rasa syukur bahawa negara Malaysia diiktiraf sebuah negara berjaya, sebelum saya luahkan gagasan 1Malaysia, Sarawak pada hakikatnya sudah amal semangat 1Malaysia selama ini,"
  • Sejak memegang tampuk kepimpinan negara tiga tahun lalu banyak kemajuan telah dibawa ke Sarawak termasuk di kawasan-kawasan pedalaman.
  • Untuk memastikan pembangunan itu dapat diteruskan, BN perlu diberi mandat semula pada pilihan raya umum akan datang kerana usaha memajukan negara memerlukan perbelanjaan yang besar serta bukannya mengambil masa singkat.
  • "BN akan terus bela, kita perlu dapat mandat baru. Kalau tiga tahun banyak ini kita buat...tambah lagi lima tahun lagi banyak lagi perubahan besar berlaku di negeri Sarawak,"