Sunday, May 27, 2012

NAJIB RAZAK: SUARA BELIA KERAMAT DAN PENENTU MASA DEPAN NEGARA




  • Suara belia Malaysia yang disifatkan sebagai keramat dan penentu masa depan negara 'dilaungkan' secara penuh beradab, berhemah mulia, tertib dan mengikut undang-undang.
  • Hanya belia yang bergerak seiring dengan tuntutan-tuntutan tersebut boleh menjamin masa depan negara.
  • Belia yang melakar imej liar, yang menendang anggota polis, terbaring atas jalan bukan gambaran belia yang boleh menjamin masa depan negara.
  • Gambaran belia yang sedang melonjak-lonjak atas kereta polis bukan gambaran belia yang bersopan santun yang boleh rakyat bergantung harap untuk masa depan.
  • Gambaran belia yang membaling batu dan menyerang anggota keselamatan bukan belia Malaysia yang boleh jadi contoh.



  • Wajib bagi golongan belia mempertahankan Putrajaya kerana apa yang dilaksanakan sekarang adalah berdasarkan prinsip demokrasi berparlimen sambil mengingatkan bahawa rusuhan jalanan, membaling batu, menendang anggota polis bukan demokrasi tetapi demo crazy.
  • Belia bukan demo crazy tetapi mereka menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen, belia ada kuasa untuk menggunakan kuasa itu dengan penuh kematangan, menggunakan kuasa dengan penuh bijaksana.
  • Belia tidak termakan hasutan, tidak terpedaya dengan fitnah, ucapan-ucapan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menghasut.
  • Hari esok lebih baik dari hari ini.





Wednesday, May 9, 2012

WALKABOUT NAJIB RAZAK DI MATANG JAYA DAPAT SAMBUTAN HANGAT



  • Tinjauan mesra Najib Razak dalam setiap lawatannya sememangnya ditunggu rakyat
  • Selain dapat bertemu secara bertentang mata, tinjauan mesra ini telah mendekatkan diri Najib Razak dengan rakyat.
  • Bersempena program Jelajah Janji Ditepati di Sarawak, Najib Razak telah melakukan tinjauan mesra di Matang Jaya, Kuching.

  • Ramai di kalangan ramai rakyat Sarawak tidak sabar menunggu pemimpin nombor satu negara itu ke Matang Jaya.
  • Kehadiran Najib Razak di Matang Jaya telah disambut dengan meriah oleh rakyat Sarawak 



KERAJAAN PERTIMBANGKAN BR1M PADA MASA AKAN DATANG




  • Kerajaan akan mempertimbangkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada masa akan datang jika dana kerajaan mencukupi.
  • Cadangan itu diamati setelah mendengar daripada rintihan rakyat yang merupakan satu perkara yang menarik untuk dipertimbangkan.
  • BR1M yang mula diperkenalkan Perdana Menteri dalam Bajet 2012 telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat.
  • “Ada kalangan rakyat yang menyatakan kepada saya (semasa tinjauan bersama rakyat) boleh dapat lagi BR1M… saya kira mahu buat BR1M satu dan BR1M dua agak menarik.
  • “Pembangkang boleh buat Bersih (perhimpunan) satu, dua dan tiga, kita pula buat BR1M satu, dua dan tiga, lebih banyak faedahnya kepada rakyat… kalau kita mampu buat,”
  • Pemberian BR1M kepada rakyat adalah hasil daripada kekuatan dalaman kerajaan dengan meningkatkan ekonomi negara dan bukannya meminjam duit daripada Bank Dunia seperti yang didakwa pembangkang.
  • Pemberian BR1M membuktikan kejayaan Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengurus tadbir negara dengan baik dengan hasil yang kian bertambah.
  • “Jadi kita (kerajaan) memulangkannya balik kepada rakyat melalui pelbagai program seperti BR1M di mana 4.2 juta isi rumah di seluruh negera mendapat agihan RM500 daripada kerajaan,”
  • Selain BR1M katanya kerajaan juga memberi bantuan RM100 kepada lebih 5.3 juta murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah serta baucar RM200 kepada lebih 1.3 juta pelajar universiti, Tingkatan Enam dan matrikulasi.

RAKYAT SARAWAK SAMBUT BAIK PROGRAM JELAJAH JANJI DITEPATI



  • Rakyat Sarawak sifatkan program Jelajah Janji Ditepati sebagai manifestasi kerajaan dalam menunaikan segala janji yang diberikan kepada rakyat sebelum ini.
  • Program Jelajah Janji Ditepati membolehkan kerajaan mendengar permasalahan rakyat secara terus dan menyelesaikannya dengan serta-merta.
  • Program Jelajah Janji Ditepati juga merupakan pencapaian dalam usaha membangunkan rakyat sebagai usaha membawa perubahan yang dipamerkan bagi rakyat menilainya.


  • Buktinya, kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sarawak membawa banyak berita gembira apabila memberikan pelbagai peruntukan dan bantuan untuk pembangunan rakyat di Sarawak
  • Melalui program seumpama itu, Perdana Menteri dapat menyelami masalah rakyat dan menyelesaikannya dengan cepat.
  • Rakyat Sarawak menyarankan agar program seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan perkembangkan terkini rakyat sentiasa dikemaskini secara terus.


  • Rakyat Sarawak bersyukur atas keprihatinan kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat di Sarawak seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Pemberian Wang Bantuan Persekolahan RM100, Bantuan Baucer Buku RM200 kepada pelajar dan sebagainya.
  • Program sebegini amat baik untuk pemimpin bagi bertemu rakyat supaya rakyat dapat menyampaikan permasalahan secara terus dan menyelesaikannya.
  • Dapat merapatkan hubungan silaturahim pemimpin dan rakyat termasuk kakitangan kerajaan.

Tuesday, May 8, 2012

BARISAN NASIONAL AKAN TERUS BANGUNKAN NEGERI SARAWAK



  • Sarawak akan terus menikmati pembangunan sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk membentuk kerajaan pusat.
  • Itu adalah janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat Negeri Sarawak.
  • Sarawak mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan dan hanya BN sahaja yang mampu memberi masa depan yang cerah kepada rakyat dan negeri ini.
  • “Saya boleh membantu Sarawak membangun jika BN membentuk kerajaan semula dan saya mahu melihat Sara-wak terus membangun.
  • “Sarawak mempunyai potensi yang amat besar dan saya dapat melihat banyak perkara yang boleh dilakukan kepada negeri ini tetapi kita perlukan mandat daripada rakyat.
  • “Saya tidak dapat melihat pembangkang mampu membentuk kerajaan dan  berkhidmat kepada rakyat sebaik BN.
  • “Mereka tidak dapat melakukan perkara yang kita dapat lakukan dan sebagai pemimpin rakyat Malaysia, kita telah membuktikan melalui tindakan-tindakan kita.
  • “Oleh sebab itu, marilah kita berkhidmat kepada rakyat, rendahkan diri, bekerja keras untuk rakyat kerana tiada salahnya jika kita kuat bekerja
  • Kerajaan sedia ada telah membuktikan tidak pernah gagal dalam ber-khidmat kepada rakyat sepanjang tempoh 50 tahun ini.
  • “Kita mempunyai lebih banyak kelebihan dan pembangkang telah membuktikan diri mereka tidak sesuai kepada rakyat.
  • “Pembangkang boleh membentuk kerajaan? Minta maaf. Tiada seorang antara mereka mampu merancang strategi untuk masa depan rakyat dan negara.