RAKYAT SARAWAK SAMBUT BAIK PROGRAM JELAJAH JANJI DITEPATI
- Rakyat Sarawak sifatkan program Jelajah Janji Ditepati sebagai manifestasi
kerajaan dalam menunaikan segala janji yang diberikan kepada rakyat sebelum
ini.
- Program Jelajah Janji Ditepati membolehkan kerajaan mendengar permasalahan
rakyat secara terus dan menyelesaikannya dengan serta-merta.
- Program Jelajah Janji Ditepati juga merupakan pencapaian dalam usaha
membangunkan rakyat sebagai usaha membawa perubahan yang dipamerkan bagi rakyat
menilainya.
- Buktinya, kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sarawak
membawa banyak berita gembira apabila memberikan pelbagai peruntukan dan bantuan
untuk pembangunan rakyat di Sarawak
- Melalui program seumpama itu, Perdana Menteri dapat menyelami masalah
rakyat dan menyelesaikannya dengan cepat.
- Rakyat Sarawak menyarankan agar program seperti itu dapat diteruskan pada
masa akan datang bagi memastikan perkembangkan terkini rakyat sentiasa dikemaskini
secara terus.
- Rakyat Sarawak bersyukur atas keprihatinan kerajaan memberi pelbagai
bantuan kepada rakyat di Sarawak seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),
Pemberian Wang Bantuan Persekolahan RM100, Bantuan Baucer Buku RM200 kepada
pelajar dan sebagainya.
- Program sebegini amat baik untuk pemimpin bagi bertemu rakyat supaya rakyat
dapat menyampaikan permasalahan secara terus dan menyelesaikannya.
- Dapat merapatkan hubungan silaturahim pemimpin dan rakyat termasuk
kakitangan kerajaan.
No comments:
Post a Comment