- World Justice Project mengiktiraf Malaysia sebagai negara paling selamat dalam kalangan 19 negara berpendapatan sederhana tinggi
- World Justice Project juga mengiktiraf Malaysia negara yang ke-12 paling selamat di dunia dengan mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.
- Global Peace Index pula menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara
- Global Peace Index juga menempatkan Malaysia sebagai negara keempat aman di kawasan Asia Pasifik
- Ini berikutan kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah.
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam kajiannya mendapati program kerajaan berjaya mengurangkan kadar ketakutan rakyat terhadap jenayah sebanyak 12 peratus, iaitu daripada 33 peratus pada 2010 kepada 21 peratus tahun lalu.
- Kestabilan politik, jaminan keselamatan dan kebijaksanaan pentadbiran BN membolehkan pelaburan langsung asing Malaysia melonjak kepada kedudukan ke-10 tahun lalu berbanding ke-21 pada 2010
Thursday, June 28, 2012
PENTADBIRAN BN KUKUHKAN MALAYSIA DI PERINGKAT ANTARABANGSA
Monday, June 25, 2012
TEKSI RAKYAT 1MALAYSIA: KERAJAAN KAJI SYARAT UNTUK DAPATKAN PINJAMAN TEKSI BARU
- Kerajaan akan melonggarkan syarat untuk memudahkan pemandu teksi mendapatkan pinjaman menukar teksi lama mereka melalui skim pinjaman yang sebelum ini diuruskan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan memberi kadar faedah dua peratus bagi pemilikan teksi baru buatan tempatan.
- Dalam Bajet 2012 lalu, kerajaan telah menawarkan bantuan rebat RM3,000 bagi melupuskan teksi lama melebihi tujuh tahun tetapi kurang daripada 10 tahun manakala bagi teksi yang berusia 10 tahun ke atas, RM1,000 diberikan.
NAJIB RAZAK: SATU LAGI INISIATIF KERAJAAN TERHADAP BAKAT RAKYAT MALAYSIA
- Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Yayasan Kartunis 1Malaysia bagi memajukan industri kartun dan animasi tempatan selain kebajikan para penggiat bidang berkenaan.
- Yayasan itu juga bertujuan menghargai peranan, sumbangan serta jasa para kartunis dalam membantu membangunkan perpaduan masyarakat melalui karya masing-masing.
- Mengumumkan peruntukan dana permulaan RM300,000 kepada yayasan itu yang disampaikan melalui Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).
- Para kartunis yang kebanyakannya kini telah mengubah wacana mereka kepada bidang animasi, berperanan penting dalam pembinaan negara bangsa dengan menerapkan mesej perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.
- "Tentu sekali bila saya ungkapkan Gagasan 1Malaysia, saya mahu para kartunis dapat menerapkan mesej 1Malaysia dan agenda transformasi negara di dalam karya mereka
- Acara anjuran bersama Konsortium Cartoonist At Work (CAW) dan KP1M itu direkodkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Perhimpunan Terbesar Kartunis di negara ini, dengan mengumpulkan 356 orang.
- Perdana Menteri turut menyampaikan pelbagai hadiah sempena pameran dua hari berkenaan, termasuk 11 anugerah dalam bidang tersebut.
- Kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid atau Lat, yang dikenali melalui karya The Kampung Boy dianugerahkan Kartunis Sepanjang Zaman.
- Turut menerima anugerah ialah 10 lagi kartunis dan animator termasuk Mior Sariman Mior Hassan bagi kategori Pencetus Revolusi Kartun; Jaafar Taib (Kartunis Dedikasi); Hassan Abd. Muthalib (Bapa Animasi Malaysia); Tan Sri Lim Kok Wing (Karyawan Inovatif) dan Reggie Lee (Kartunis Masyarakat Malaysia).
TEKSI RAKYAT 1MALAYSIA: KEPRIHATINAN NAJIB TERHADAP KEBAJIKAN PEMANDU TEKSI SELURUH NEGARA
- Perdana Menteri mengumumkan pemberian dana melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berjumlah lebih RM1 juta. Dana itu bagi melindungi lebih 100,000 pemandu teksi seluruh negara melalui skim insurans perlindungan kemalangan diri.
- Skim insurans di bawah inisiatif TR1Ma iaitu meliputi perlindungan kematian akibat kemalangan RM10,000; ketidakupayaan kekal akibat kemalangan RM10,000; kos rawatan perubatan akibat kemalangan RM500; khairat kematian akibat kemalangan RM1,500 dan khairat kematian biasa RM1,000.
TEKSI RAKYAT 1MALAYSIA: NAJIB UMUM JAMINAN UNTUK PEMANDU
- Seramai 66,538 pemandu teksi di seluruh negara diberikan baucar bernilai RM520 setiap seorang untuk menggantikan empat tayar di bawah inisiatif program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).
- Pemberian subsidi itu melibatkan dana sejumlah RM35 juta melalui Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk tempoh dua tahun.
- Ini sebagai menjaga kebajikan pemandu teksi, sekali gus memastikan keselamatan perjalanan mereka termasuk kira-kira 40,000 penumpang setiap hari.
- ‘‘Pemandu teksi boleh mendapat satu set tayar percuma di 300 pusat servis tayar buatan Malaysia yang dikenal pasti, boleh pilih antara Goodyear atau Continental.
- ‘‘Kita nak jaga kebajikan pemandu teksi, keselamatan mereka dan penumpang. Jika memandu teksi menggunakan terus tayar ‘botak’ boleh membahayakan nyawa.
Monday, June 4, 2012
NAJIB GEMBIRA SAMBUT GAWAI DI SARAWAK
- Hari Gawai pada tahun ini memberi satu pengalaman baru kepada beliau kerana berpeluang menyambutnya bersama masyarakat di rumah-rumah panjang.
- Cara ini lebih mesra rakyat kerana pemimpin Pusat dan negeri sama-sama turun padang mengunjungi mereka.
- Berbeza dengan majlis sambutan Hari Gawai di peringkat kebangsaan sebelum ini yang memerlukan rakyat hadir ke lokasi penganjuran.
- "Saya anggap ini sebagai pendekatan yang mendapat sambutan hangat sebab mereka tidak sangka pemimpin Pusat dan negeri sanggup melawat rumah panjang. Difahamkan acara ini sangat ditunggu-tunggu dan mereka buat persediaan yang kemas lagi rapi.
- "Bila saya hadir di ketiga-tiga tempat hari ini, saya nampak memang meriah sambutan yang diberikan penduduk tempatan dan dari sekitarnya,"
- Hari Gawai adalah satu sambutan yang penuh adat istiadat budaya kaum Iban.
PERPADUAN MASYARAKAT DI MALAYSIA DIKAGUMI NEGARA LUAR
- Kejayaan Malaysia dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan agama diiktiraf pemimpin dunia
- kejayaan menyatupadukan rakyat dalam segala aspek itu dikagumi pemimpin-pemimpin dunia termasuk dari negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).
- Malaysia boleh jadi negara model dan contoh kepada dunia, ini bukan Barisan Nasional (BN) yang cakap, jauh sekali pembangkang...orang luar iktiraf kejayaan kita, kejayaan itu adalah hakikat dan realiti yang sebenar
- Gagasan 1Malaysia sebenarnya sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini dan ia lebih ketara dan jelas dalam amalan hidup rakyat Sarawak.
- Sambutan perayaan-perayaan masyarakat di negara ini seperti Gawai Dayak mencerminkan kepelbagaian budaya yang boleh diterima semua rakyat di mana-mana pun di Malaysia.
- "Kita sambut Gawai Dayak dengan rasa syukur bahawa negara Malaysia diiktiraf sebuah negara berjaya, sebelum saya luahkan gagasan 1Malaysia, Sarawak pada hakikatnya sudah amal semangat 1Malaysia selama ini,"
- Sejak memegang tampuk kepimpinan negara tiga tahun lalu banyak kemajuan telah dibawa ke Sarawak termasuk di kawasan-kawasan pedalaman.
- Untuk memastikan pembangunan itu dapat diteruskan, BN perlu diberi mandat semula pada pilihan raya umum akan datang kerana usaha memajukan negara memerlukan perbelanjaan yang besar serta bukannya mengambil masa singkat.
- "BN akan terus bela, kita perlu dapat mandat baru. Kalau tiga tahun banyak ini kita buat...tambah lagi lima tahun lagi banyak lagi perubahan besar berlaku di negeri Sarawak,"
Sunday, May 27, 2012
NAJIB RAZAK: SUARA BELIA KERAMAT DAN PENENTU MASA DEPAN NEGARA
- Suara belia Malaysia yang disifatkan sebagai keramat dan penentu masa depan negara 'dilaungkan' secara penuh beradab, berhemah mulia, tertib dan mengikut undang-undang.
- Hanya belia yang bergerak seiring dengan tuntutan-tuntutan tersebut boleh menjamin masa depan negara.
- Belia yang melakar imej liar, yang menendang anggota polis, terbaring atas jalan bukan gambaran belia yang boleh menjamin masa depan negara.
- Gambaran belia yang sedang melonjak-lonjak atas kereta polis bukan gambaran belia yang bersopan santun yang boleh rakyat bergantung harap untuk masa depan.
- Gambaran belia yang membaling batu dan menyerang anggota keselamatan bukan belia Malaysia yang boleh jadi contoh.
- Wajib bagi golongan belia mempertahankan Putrajaya kerana apa yang dilaksanakan sekarang adalah berdasarkan prinsip demokrasi berparlimen sambil mengingatkan bahawa rusuhan jalanan, membaling batu, menendang anggota polis bukan demokrasi tetapi demo crazy.
- Belia bukan demo crazy tetapi mereka menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen, belia ada kuasa untuk menggunakan kuasa itu dengan penuh kematangan, menggunakan kuasa dengan penuh bijaksana.
- Belia tidak termakan hasutan, tidak terpedaya dengan fitnah, ucapan-ucapan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menghasut.
- Hari esok lebih baik dari hari ini.
Wednesday, May 9, 2012
WALKABOUT NAJIB RAZAK DI MATANG JAYA DAPAT SAMBUTAN HANGAT
- Tinjauan mesra Najib Razak dalam setiap lawatannya sememangnya ditunggu rakyat
- Selain dapat bertemu secara bertentang mata, tinjauan mesra ini telah mendekatkan diri Najib Razak dengan rakyat.
- Bersempena program Jelajah Janji Ditepati di Sarawak, Najib Razak telah melakukan tinjauan mesra di Matang Jaya, Kuching.
- Ramai di kalangan ramai rakyat Sarawak tidak sabar menunggu pemimpin nombor satu negara itu ke Matang Jaya.
- Kehadiran Najib Razak di Matang Jaya telah disambut dengan meriah oleh rakyat Sarawak
KERAJAAN PERTIMBANGKAN BR1M PADA MASA AKAN DATANG
- Kerajaan akan mempertimbangkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada masa akan datang jika dana kerajaan mencukupi.
- Cadangan itu diamati setelah mendengar daripada rintihan rakyat yang merupakan satu perkara yang menarik untuk dipertimbangkan.
- BR1M yang mula diperkenalkan Perdana Menteri dalam Bajet 2012 telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat.
- “Ada kalangan rakyat yang menyatakan kepada saya (semasa tinjauan bersama rakyat) boleh dapat lagi BR1M… saya kira mahu buat BR1M satu dan BR1M dua agak menarik.
- “Pembangkang boleh buat Bersih (perhimpunan) satu, dua dan tiga, kita pula buat BR1M satu, dua dan tiga, lebih banyak faedahnya kepada rakyat… kalau kita mampu buat,”
- Pemberian BR1M kepada rakyat adalah hasil daripada kekuatan dalaman kerajaan dengan meningkatkan ekonomi negara dan bukannya meminjam duit daripada Bank Dunia seperti yang didakwa pembangkang.
- Pemberian BR1M membuktikan kejayaan Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengurus tadbir negara dengan baik dengan hasil yang kian bertambah.
- “Jadi kita (kerajaan) memulangkannya balik kepada rakyat melalui pelbagai program seperti BR1M di mana 4.2 juta isi rumah di seluruh negera mendapat agihan RM500 daripada kerajaan,”
- Selain BR1M katanya kerajaan juga memberi bantuan RM100 kepada lebih 5.3 juta murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah serta baucar RM200 kepada lebih 1.3 juta pelajar universiti, Tingkatan Enam dan matrikulasi.
RAKYAT SARAWAK SAMBUT BAIK PROGRAM JELAJAH JANJI DITEPATI
- Rakyat Sarawak sifatkan program Jelajah Janji Ditepati sebagai manifestasi kerajaan dalam menunaikan segala janji yang diberikan kepada rakyat sebelum ini.
- Program Jelajah Janji Ditepati membolehkan kerajaan mendengar permasalahan rakyat secara terus dan menyelesaikannya dengan serta-merta.
- Program Jelajah Janji Ditepati juga merupakan pencapaian dalam usaha membangunkan rakyat sebagai usaha membawa perubahan yang dipamerkan bagi rakyat menilainya.
- Buktinya, kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sarawak membawa banyak berita gembira apabila memberikan pelbagai peruntukan dan bantuan untuk pembangunan rakyat di Sarawak
- Melalui program seumpama itu, Perdana Menteri dapat menyelami masalah rakyat dan menyelesaikannya dengan cepat.
- Rakyat Sarawak menyarankan agar program seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan perkembangkan terkini rakyat sentiasa dikemaskini secara terus.
- Rakyat Sarawak bersyukur atas keprihatinan kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat di Sarawak seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Pemberian Wang Bantuan Persekolahan RM100, Bantuan Baucer Buku RM200 kepada pelajar dan sebagainya.
- Program sebegini amat baik untuk pemimpin bagi bertemu rakyat supaya rakyat dapat menyampaikan permasalahan secara terus dan menyelesaikannya.
- Dapat merapatkan hubungan silaturahim pemimpin dan rakyat termasuk kakitangan kerajaan.
Tuesday, May 8, 2012
BARISAN NASIONAL AKAN TERUS BANGUNKAN NEGERI SARAWAK
- Sarawak akan terus menikmati pembangunan sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk membentuk kerajaan pusat.
- Itu adalah janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat Negeri Sarawak.
- Sarawak mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan dan hanya BN sahaja yang mampu memberi masa depan yang cerah kepada rakyat dan negeri ini.
- “Saya boleh membantu Sarawak membangun jika BN membentuk kerajaan semula dan saya mahu melihat Sara-wak terus membangun.
- “Sarawak mempunyai potensi yang amat besar dan saya dapat melihat banyak perkara yang boleh dilakukan kepada negeri ini tetapi kita perlukan mandat daripada rakyat.
- “Saya tidak dapat melihat pembangkang mampu membentuk kerajaan dan berkhidmat kepada rakyat sebaik BN.
- “Mereka tidak dapat melakukan perkara yang kita dapat lakukan dan sebagai pemimpin rakyat Malaysia, kita telah membuktikan melalui tindakan-tindakan kita.
- “Oleh sebab itu, marilah kita berkhidmat kepada rakyat, rendahkan diri, bekerja keras untuk rakyat kerana tiada salahnya jika kita kuat bekerja
- Kerajaan sedia ada telah membuktikan tidak pernah gagal dalam ber-khidmat kepada rakyat sepanjang tempoh 50 tahun ini.
- “Kita mempunyai lebih banyak kelebihan dan pembangkang telah membuktikan diri mereka tidak sesuai kepada rakyat.
- “Pembangkang boleh membentuk kerajaan? Minta maaf. Tiada seorang antara mereka mampu merancang strategi untuk masa depan rakyat dan negara.
Thursday, April 19, 2012
PRIMA AKAN TINGKATKAN KUALITI HIDUP RAKYAT MALAYSIA
- Program PR1MA ini merupakan satu lagi agenda Kerajaan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia sejajar dengan gagasan 1Malaysia: “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
- Pelaksanaan PR1MA juga akan dapat membantu ke arah mencapai matlamat Dasar Perumahan Negara bagi menyediakan perumahan yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu dimiliki.
- Pelaksanaan PR1MA akan ditumpukan di kawasan bandar dan pinggir bandar di seluruh negara.
- Walau bagaimanapun, buat permulaan PR1MA akan dilaksanakan di sekitar Lembah Klang di mana permintaan untuk rumah-rumah kos sederhana ini dijangka tinggi dan melebihi penawaran.
- Pembinaan rumah-rumah ini dirancang supaya berdekatan dengan laluan pengangkutan awam seperti LRT dan MRT.
- Ini adalah untuk memudahkan rakyat, mengurangkan kos pengangkutan dan secara langsung, ini dapat membantu golongan ini berjimat dan meningkatkan “disposable income” yang boleh digunakan bagi memperbaiki kualiti hidup mereka.
- PR1MA ini ditujukan khusus kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan sederhana, tetapi tidak lebih daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan Kerajaan, swasta ataupun bekerja sendiri.
- Bagi memudahkan pelaksanaan Program Perumahan 1Malaysia, Kerajaan telah menggariskan beberapa parameter untuk panduan pihak berkuasa tempatan dan pemaju-pemaju perumahan. Antara parameter yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
- Keluasan setiap unit rumah PRIMA adalah antara 800 sehingga 1,400 kaki persegi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air
- Harga jualan setiap unit rumah PRIMA adalah antara RM150 ribu hingga RM300 ribu, bergantung kepada lokasi dan saiz unit
- Pemohon adalah pembeli kali pertama bagi skim PR1MA dan perlu mendiami rumah tersebut (owner occupied)
- Pemohon boleh mendapatkan pinjaman sehingga 105 peratus daripada institusi kewangan terpilih dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun
- Bagi merancang dan menyelaras pembinaan PR1MA di seluruh negara serta membuat pengagihan rumah kepada pemohon yang layak, satu Unit Khas di bawah Pejabat Perdana Menteri akan ditubuhkan.
- Bagi mengelakkan aktiviti spekulasi di kalangan pembeli yang bertujuan untuk menjual bagi mendapatkan keuntungan serta merta, pembeli unit rumah PR1MA tidak akan dibenarkan untuk menjual rumah tersebut dalam tempoh 10 tahun.
- Tujuan sebenar Kerajaan melaksanakan program ini adalah untuk melihat rakyat menikmati hidup yang lebih selesa dengan memiliki rumah sendiri dan bukannya untuk memberi ruang kepada sesetengah pembeli untuk mengaut keuntungan daripada aktiviti spekulasi.
- Pembeli unit rumah PR1MA layak mendapat pinjaman sehingga 105 peratus daripada institusi kewangan terpilih. Lebihan 5 peratus ini diharap dapat membantu pembeli menanggung kos insurans dan yuran guaman bagi menyediakan perjanjian sewa beli.
- Pembeli mempunyai pilihan untuk menggunakan sebahagian daripada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung sebahagian bayaran balik pinjaman atau bagi tujuan mendapatkan nilai pinjaman yang lebih tinggi daripada institusi kewangan menerusi mekanisme sedia ada termasuk skim ring-fencing, yang telah ditawarkan oleh beberapa institusi kewangan.
- Pada masa yang sama, saya juga ingin mengumumkan bahawa duti setem akan dikecualikan bagi pembeli rumah di bawah program PR1MA Sesungguhnya, Kerajaan tidak mahu membebani rakyat dan cuba untuk mengurangkan beban kewangan yang perlu ditanggung rakyat.
- Program PR1MA ini akan dilaksanakan melalui kaedah Public Private Partnership, yang mana Kerajaan dan pihak swasta akan bekerjasama ke arah menjayakan skim PR1MA.
- Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan skim PR1MA, Kerajaan bersedia mempertimbangkan bantuan kepada pemaju-pemaju yang terlibat dari segi penyediaan tanah dan dana mudah cara bagi memastikan rumah tersebut dapat ditawarkan pada harga yang ditetapkan oleh Kerajaan.
- Kerajaan juga akan membantu pemaju-pemaju yang terlibat untuk mendapatkan laluan hijau bagi mempercepatkan proses mendapat kelulusan pemajuan perumahan daripada pihak-pihak berkuasa berkaitan.
- Pemaju-pemaju juga digalakkan supaya menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) diketahui ianya menekankan beberapa aspek seperti peningkatan kualiti dan produktiviti pembinaan, menyeragamkan reka bentuk dan mempercepatkan tempoh pembinaan.
- Pemaju-pemaju juga hendaklah mengaplikasikan konsep teknologi hijau dan mesra alam dalam pelaksanaan projek PR1MA.
- Dengan cara ini, rakyat bukan sahaja dapat membeli rumah dengan harga yang mampu dimiliki, tetapi juga dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat dengan rumah yang berkonsepkan teknologi hijau dan mesra alam ini.
- Kerajaan telah mengenal pasti sebanyak 20 tapak strategik di Lembah Klang, Rawang dan Seremban bagi pelaksanaan skil PR1MA.
- Sebanyak 8 projek dijangka dapat dimulakan pada tahun ini dan tahun hadapan. Jumlah bilangan unit rumah yang akan dibina di 20 lokasi tersebut dianggarkan sejumlah 42,000 unit.
- Presint 11, Putrajaya telah dipilih untuk menjadi tapak pertama skim PR1MA.
- Projek ini akan menyediakan 560 unit pangsapuri di kawasan seluas 7.6 ekar.
- Projek perumahan yang dilancarkan pada hari ini terdiri daripada unit-unit rumah yang berkeluasan 1,006 kaki persegi dan 815 kaki persegi.
- Projek perumahan ini dilengkapi dengan dewan serbaguna, taska dan tadika, surau dan lot-lot perniagaan dan kedai.
- Banyak lagi rumah-rumah di bawah PR1MA akan dibina di Putrajaya.
- Selain daripada projek yang akan dilancarkan hari ini, 5,284 unit rumah akan dibina dalam tempoh lima tahun akan datang.
- Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,317 akan dibina pada tahun 2012, 1,107 unit pada tahun 2013 dan selebihnya dalam tahun 2015 dan 2016.
- Kerajaan juga sedang mengenal pasti tapak-tapak di bandar-bandar besar lain untuk dilaksanakan projek ini.
- Komitmen Kerajaan untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat selari dengan hasrat kita untuk menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
- Rebutlah peluang yang Kerajaan berikan ini dan melalui Program ini, saya percaya golongan sasaran akan menikmati hidup yang lebih selesa selaras dengan gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
DASAR PERUMAHAN NEGARA PERTINGKATKAN SEKTOR PERUMAHAN MALAYSIA
- Pada 10 Februari 2011, Kerajaan telah melancarkan Dasar Perumahan Negara bagi memandu, mengurus dan menyelaraskan perancangan dan pembangunan sektor perumahan ke tahap yang lebih efisien dan sistematik.
- Tujuan utama dasar ini digubal adalah untuk mewujudkan sektor perumahan yang mampan, cekap dan berdaya saing serta mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
- Melalui dasar ini, pendekatan yang komprehensif telah diperkenalkan untuk meningkatkan aksesibiliti rakyat bagi memiliki atau menyewa rumah yang dibina oleh kedua-dua sektor awam dan swasta.
- Pada 2011, Perdana Menteri telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku yang disasarkan kepada individu berumur 35 tahun ke bawah, berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk membeli rumah dalam lingkungan RM100,000 hingga RM220,000.
- Skim ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat dan menjana permintaan untuk rumah-rumah dalam kategori ini.
- Selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk memastikan rumah mampu dimiliki oleh rakyat berpendapatan sederhana, terutamanya mereka di kawasan bandar dan pinggir bandar, pada hari ini, Kerajaan ingin memperkenalkan satu program perumahan yang disediakan khusus untuk golongan berpendapatan sederhana.
- Golongan dimaksudkan di sini ialah mereka yang berpendapatan isi rumah di antara RM2,500 hingga RM6,000 sebulan.
- Kerajaan amat prihatin terhadap kesulitan yang dihadapi oleh golongan berpendapatan sederhana yang tidak mampu membeli rumah-rumah berharga tinggi tetapi pada masa yang sama juga tidak layak dipertimbangkan dalam program perumahan awam kos rendah sedia ada.
- Seperti yang selalu diperkatakan, tiada kumpulan yang akan dipinggirkan dan Kerajaan akan memastikan rakyat sentiasa mendapat manfaat daripada dasar atau inisiatif yang dilaksanakan.
Monday, April 16, 2012
JAWATANKUASA KHAS PARLIMEN (PSC) MENGENAI PENAMBAHBAIKAN SISTEM PILIHAN RAYA
- Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Mengenai Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya.
- Pada 3 Oktober 2011, Dewan rakyat telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Mengenai Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya bagi mengkaji perkara-perkara yang berkaitan proses pilihan raya di Malaysia.
- Jawatankuasa ini berkuatkuasa selama enam bulan dari tarikh penubuhannya.
- Tanggungjawab, peranan dan tugas jawatankuasa ini adalah untuk mengkajji perkara-perkara yang akan memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengkaji proses pilihan raya yang bebas dan adil.
- 18 daripada 22 tuntutan atau 82 peratus tuntutan telah dipenuhi PSC dan mencapai kata sepakat
- Senarai Anggota Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Mengenai Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya:
- YB Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, (Ahli Parlimen Kota Marudu)
- YB Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad (Ahli Parlimen Kangar)
- YB Tan Sri Dr Fong Chan Onn (Ahli Parlimen Alor Gajah)
- YB Datuk Alexander Nanta Linggi (Ahli Parlimen Kapit)
- YB Kamalanathan a/l Panchanathan (Ahli Parlimen Hulu Selangor)
- YB Mohamed Azmin bin Ali (Ahli Parlimen Gombak)
- YB Loke Siew Fook (Ahli Parlimen Rasah)
- YB Dr Mohd Hatta bin Md Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai)
- YB Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju)
Thursday, April 12, 2012
JANJI DITEPATI: PENDIDIKAN PERCUMA KEPADA PELAJAR MALAYSIA
- Kerajaan BN telah memberikan pendidikan percuma kepada pelajar yang layak melalui pemberian biasiswa.
- Kerajaan juga memberi pinjaman kepada mereka yang ada keupayaan, manakala yang tidak berupaya diberi biasiswa.
- Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih relevan dan amat diperlukan rakyat dalam membiayai pengajian di IPT.
- Kesediaan kerajaan menukar PTPTN kepada biasiswa atas kecemerlangan pelajar membuktikan kerajaan komited untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.
JANJI DITEPATI: 80 PERATUS JANJI NAJIB DAN MUHYIDDIN DI SARAWAK TELAH DISIAPKAN
- Kira-kira 80 peratus projek pembangunan di Sarawak yang bernilai kira-kira RM2.2 bilion seperti yang dijanjikan Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berjaya disiapkan.
- 13 peratus projek pembangunan sedang dilaksanakan secara berperingkat manakala tujuh peratus projek belum bermula.
- Pemantauan terhadap pelaksanaan kesemua projek dilakukan dari semasa ke semasa menerusi Jawatankuasa Penyelarasan Projek Khas serta Walkabout Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
- Kerajaan BN komited dalam mengotakan setiap janjinya kepada rakyat
Tuesday, April 10, 2012
JANJI DITEPATI: BAUCER BUKU RM200
- Pemberian Baucer Buku berjumlah RM200 seorang telah diagihkan kepada 1.4 juta pelajar di seluruh Malaysia
- Peruntukan keseluruhan Baucer Buku ini berjumlah RM263 juta
- Baucer Buku ini dikhususkan kepada pelajar bagi pembelian bahan bacaan dan alat tulis
JANJI DITEPATI: PROGRAM KEBAJIKAN RAKYAT 1MALAYSIA (KARISMA)
- Sejumlah 500,000 penerima menerima bantuan berjumlah RM100 hingga RM450 setiap seorang
- Jumlah peruntukan keseluruhan berjumlah hampir RM1.4 bilion
- Penerima KARISMA melibatkan kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanak kurang bernasib baik, warga emas dan balu anggota polis dan tentera serta golongan mereka yang kurang pendapatan
JANJI DITEPATI: BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)
- Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberikan kepada setiap isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000.
- Pemberian BR1M telah memberi manfaat kepada hampir 5.2 juta isi rumah
- Jumlah peruntukan keseluruhan berjumlah RM2.6 bilion
- Sehingga Mac 2012, sejumlah RM1.92 bilion telah diserahkan kepada 3.8 juta penerima
JANJI DITEPATI: BANTUAN PELAJAR RM100
- Bantuan Pelajar berjumlah RM100 seorang telah memberi manfaat kepada 5.3 juta pelajar di seluruh Malaysia
- Peruntukan bantuan pelajar ini melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM550 juta
- Pemberian bantuan ini merangkumi pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 6
Subscribe to:
Posts (Atom)

































+Mengenai+Penambahbaikan+Sistem+Pilihan+Raya.jpg)





