Monday, June 4, 2012

PERPADUAN MASYARAKAT DI MALAYSIA DIKAGUMI NEGARA LUAR



  • Kejayaan Malaysia dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan agama diiktiraf pemimpin dunia
  • kejayaan menyatupadukan rakyat dalam segala aspek itu dikagumi pemimpin-pemimpin dunia termasuk dari negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).
  • Malaysia boleh jadi negara model dan contoh kepada dunia, ini bukan Barisan Nasional (BN) yang cakap, jauh sekali pembangkang...orang luar iktiraf kejayaan kita, kejayaan itu adalah hakikat dan realiti yang sebenar
  • Gagasan 1Malaysia sebenarnya sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini dan ia lebih ketara dan jelas dalam amalan hidup rakyat Sarawak.
  • Sambutan perayaan-perayaan masyarakat di negara ini seperti Gawai Dayak mencerminkan kepelbagaian budaya yang boleh diterima semua rakyat di mana-mana pun di Malaysia.

  • "Kita sambut Gawai Dayak dengan rasa syukur bahawa negara Malaysia diiktiraf sebuah negara berjaya, sebelum saya luahkan gagasan 1Malaysia, Sarawak pada hakikatnya sudah amal semangat 1Malaysia selama ini,"
  • Sejak memegang tampuk kepimpinan negara tiga tahun lalu banyak kemajuan telah dibawa ke Sarawak termasuk di kawasan-kawasan pedalaman.
  • Untuk memastikan pembangunan itu dapat diteruskan, BN perlu diberi mandat semula pada pilihan raya umum akan datang kerana usaha memajukan negara memerlukan perbelanjaan yang besar serta bukannya mengambil masa singkat.
  • "BN akan terus bela, kita perlu dapat mandat baru. Kalau tiga tahun banyak ini kita buat...tambah lagi lima tahun lagi banyak lagi perubahan besar berlaku di negeri Sarawak,"

No comments:

Post a Comment