NAJIB GEMBIRA SAMBUT GAWAI DI SARAWAK
- Hari Gawai pada tahun ini memberi satu pengalaman baru kepada beliau kerana
berpeluang menyambutnya bersama masyarakat di rumah-rumah panjang.
- Cara ini lebih mesra rakyat kerana pemimpin Pusat dan negeri sama-sama
turun padang mengunjungi mereka.
- Berbeza dengan majlis sambutan Hari Gawai di peringkat kebangsaan sebelum
ini yang memerlukan rakyat hadir ke lokasi penganjuran.
- "Saya anggap ini sebagai pendekatan yang mendapat sambutan hangat
sebab mereka tidak sangka pemimpin Pusat dan negeri sanggup melawat rumah
panjang. Difahamkan acara ini sangat ditunggu-tunggu dan mereka buat persediaan
yang kemas lagi rapi.
- "Bila saya hadir di ketiga-tiga tempat hari ini, saya nampak memang
meriah sambutan yang diberikan penduduk tempatan dan dari sekitarnya,"
- Hari Gawai adalah satu sambutan yang penuh adat istiadat budaya kaum Iban.
No comments:
Post a Comment